Monday, 29 July 2013

Mengejutkan…! Adik Nawal Dikatakan Memang Sering Ditinggalkan Ibunya Dalam Kereta!


SIASATAN kes kematian adik Nawal Iris Samsudin, tiga tahun yang meninggal dunia setelah ditinggalkan bersendirian di dalam kereta baru-baru ini membawa kepada penemuan yang mengejutkan!

Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli yang mengesahkan dakwaan tersebut berkata,  kenyataan-kenyataan yang diambil dari guru-guru SMK USJ4 menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sering dibawa ke sekolah dan dibiarkan bermain di kawasan sekolah secara berseorangan.

Yahaya menambah, guru dan staf di sekolah tersebut sering mendapati bahawa kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam kereta dengan cermin yang diturunkan, berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta atau duduk bersendirian di bangku.

Pihak polis telah mengambil kenyataan ibu bapa Nawal Isnin lalu. ‘Penemuan’ ini didapati bercanggah dengan komen yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan sekolah pada minggu lalu di mana mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat kanak-kanak tersebut.

Kertas siasatan bagi kes itu kini dalam poses untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Pada 18 Julai lalu, Nawal meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang.

Nawal meninggal dunia di klinik berdekatan dan bedah siasat mengesahkan ia berpunca dari strok haba.

Wat Sek Edisi Ganu

sbelum akak nikoh. tok kodi ngesohke name ic pengateng laki. kodi kato nok tanye soklang skek.pengateng laki debo doh ni.
Kodi: lame dh kena hok puang ni?
Pgntin: dlm 2 thn lbih
Kodi: hoo molek la...mesti g dating sokmo ni dok?
Pgtin:kdg2 je Tok.dia trg sy duk kl
Kodi: Doh xjupe, org muda leni org ngorat 'wat sek' sokmo la ni

**terangkat pggung pgntin&wali dengor soklang tu***

Pgntin: Mnada Tok, harang tu!
Kodi:bakpe harangnyo,kang ada niat nok nikoh. 'wat sek' la. barang percume!
Wali: hoi! mung tok kodi jgn wt aib ank natu aku gitu depang org rama ning!!!!
Kodi: ce wt mari tipong mung aku nk cek

***kodi mitok ngan pgntin***

Pgntin: tipong saya ikut suka saya la nk save menda pung
Wali: wi la awang weh kalu mu rasa mu dok wat

***ketor tangan pgntin bg fon ke kodi,muka meroh merang doh***

Kodi: doh ni fail nate ape? 'wat sek' la ning ke org panggil menda gining?

***wali cepat2 bangun g tengok,pgntin pun sama naik...saksi bejerebat atas belakang***

Ramai2 pakat kata "oooo WHATSAPP!!!"

Thursday, 25 July 2013

kisah benar seorang hmba Allah yg bergelar suami dan bapa

SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar.Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.

Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang.. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM. Mujur nature kerja saya sebagai unit trust consultant (Public Mutual) tak macam orang kerja ofis 9am-5pm..jadi saya banyak masa utk bersama Fina..saya batalkan banyak apoimen dengan klien. Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras utk menyusu Dhia dan dlm masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad utk full breasfeed anak kembar kami.

Makin lama makin berat dugaan sebab twin dh mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap "xpe..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup". Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas..susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis. Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yg umur 300bulan nangis sama2(baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok. Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah sy beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed..padahal dh banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.

Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan.. dua2 gigit mama sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.. ya Allah berat mata memandang berat lagi yg memikul. Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu. Tidur malam memang tak cukup,tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu..saya tak boleh nak tolong sbb saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah. Pastu pagi petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock..memang kagum saya tengok disiplinnya dlm bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan. Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak..maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni

Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu. Saya cutikan dua2 kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak
solat magrib, masa tu dh nak masuk isyak. Dia cakap sedih sbb dh banyak kali xsempat magrib.. suami sepatutnya jaga ibadah isteri. Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama dtg ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat2 nk magrib dua2 berebut menyusu lama..gilir2 hingga nak masuk isyak. Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin..kalau x diorg menangis (kadang2 termasuk mamanya join sekali). Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun. Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.

Jika ada orang tanya lagi "kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?" saya akan jawab "sebab menyusu" ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah

-ni gambar terkini Dhia dan Fina. Semoga menjadi anak2 yg solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah utk bagi yg terbaik pada anak2.

Thursday, 18 July 2013

Ngeri! Remaja Mati dikepit pintu lif (2 GAMBAR)


Ngeri! Remaja Mati dikepit pintu lif (2 GAMBAR) | Kuala Lumpur: “Saya terkejut melihat kanak-kanak itu terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif,” kata Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17, saksi kejadian ngeri meragut nyawa, Khairul Amir Azri Lani, 11, dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.Asyraf berkata, kanak-kanak itu cuba memanjat tembok apabila lif tiba-tiba rosak antara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa.

Katanya, lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengambil keputusan untuk melompat keluar.


ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan jenazah Khairul Amir di dalam lif.

“Pada awalnya ada seorang kanak-kanak lain yang mahu melompat keluar, tetapi saya sempat menariknya sebelum mangsa nekad keluar.


IBU Khairul, Nor Hazilah Mat Zain pengsan sebaik mayat anaknya dikeluarkan dari dalam lif.

Monday, 15 July 2013

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!  | Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

Punca Pergaduhan Di Klang Bukan Rusuhan Kaum Melayu India

Punca sebenar pergaduhan di Klang bukan rusuhan kaum melayu dan india. Rusuhan kaum ini sengaja disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebaik sahaja melihat kejadian tersebut tanpa membuat siasatan. Semua ini berlaku akibat pergaduhan atau salah faham yang membabitkan lelaki Melayu dan juga India. Seterusnya disebarkan melalui SMS kononnya ada rusuhan kaum di Klang. Berikut adalah penjelasan sebenar kes pergaduhan di Klang baru-baru ini.



SMS Tersebar  Mengenai Rusuhan Kaum


Penyebaran SMS ini telah menimbulkan kegelisahan dikalangan masyarakat kononya terdapat rusuhan kaum dikawasan tersebut. Pihak polis kini menjejaki suspek yang menyebarkan SMS tersebut hingga menimbulkan kekecohan.



Punca Sebenar Pergaduhan di Klang

Pergaduhan ini berpunya akibat dari insiden salah faham ekoran satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada hari sebelumnya di Jalan Sungai Keramat.. Mangsa Mohd Syukri Bin Sairun, 24 tahun bersama adiknya sedang menaiki motosikal untuk ke masjid telah di langgar dari belakang. Mangsa berang dan telah berlaku pertengkaran mulut bersama suspek yang berbangsa india. Suspek turut naik berang dan telah keluar dari kenderaan sambil membawa sebilah parang dan terus menetak mangsa di kedua-dua belah tangan dan kepala.

pergaduhan kaum 2



Mangsa dikatakan terlantar di HTAR Klang untuk rawatan lanjut. Selepas itu, mangsa yang tidak berpuas hati memanggil rakan-rakannya sebelum menyerang kumpulan lelaki yang memukulnya di kawasan flat terbabit. Kes ini juga bukan bermotifkan perkauman tetapi berkaitan dendam lama kerana kumpulan menyerang mencari suspek yang membakar motosikal milik rakan mereka pada Februari lalu.

Polis bagaimanapun sudah menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan. Pihak Polis turut menahan dua lelaki berusia 24 dan 32 tahun di sekitar Sungai Pinang, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi, semalam, selepas mereka bersama lapan lagi rakan dikenal pasti menyerang tiga lelaki berusia 20-an menggunakan parang dan kayu besbol di kawasan sama dua jam sebelum itu.





Sunday, 14 July 2013

kisah sedih....antara ibu bapa dan anak-anak

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?